RSS

hei pakcik buat malu aja!!!

assalamulaikum n selamat sejahtera..

Hari ni macam biasa la di lab buat simulation pasal mixing fuel...next week kn bg explain kt lecturer..mau tak mau kena buat juga laa..so sambil mununggu keputusan simulation tu..aku pn buka la utusan online..seminggu jg la missed..nasib baik la kt utusan tu ada arkib..so blehlah baca balik paper yg lepas2...sambil baca paper tu ..tetiba ada satu atikel yg agak bosan dan x puas ati pn ada juga laa ngan pakcik ni...


ARKIB : 14/10/2010

Abdul Rahman ditukar ke KDN

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Desas-desus yang mengatakan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, bakal 'ditukarkan' akhirnya terbukti benar apabila beliau hari ini mengesahkan menerima surat rasmi mengenai pertukaran jawatan itu.

Abdul Rahman, 53, ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Abdul Rahman akan diisi oleh Datuk Alias Ahmad yang kini merupakan Setiausaha Bahagian Keselamatan di KDN.

Majlis penyerahan tugas dijangka diadakan pukul 9 pagi Jumaat ini.

Abdul Rahman yang dihubungi Utusan Malaysia di sini memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu surat yang dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pagi ini.

"Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana sebelum ini pun saya sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan saya.

"Sebagai seorang pegawai kerajaan yang diberi amanah berkhidmat untuk negara, saya akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh menteri terbabit.

"Saya sentiasa mengamalkan keterbukaan, tidak pernah menyembunyikan apa-apa fakta dan memberi kerjasama sebaik mungkin demi kepentingan negara," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Abdul Rahman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ogos lalu n bla bla.....

sakit hati ja kalau baca sampai...ini punya pakcik baik duduk rumah jaga cucu lagi bagus...kalu orang atas pandai buat kerja orang bawah pun tentu bleh buat kerja laa...ni sampai tebocor bocor pendatang asing masuk mesia ni kalau tukar ke KDN pun blum tentu bleh buat kerja...malu orang aja..bagus ganti aja ngan orang baru

oklah tukar topic laa...bosan betul la ngan datuk2 yang x bleh buat kerja ni...oklah sempena bulan menghayati bahasa kebangsaan saya nak buat ulasan tentang buku yang saya sekarang..dua tajuk yang berbeza..tetapi terdapat banyak persamaan ..saya pun baru baca setengah buku aja ..so x dapatlah nk buat review pasal buku ni..tunngu next time review pasal buku ni..kalau suruh otromen taro pn belum tentu dia bleh buat..oklah saya nk baca dulu buku ni..banyakkan berus gigi kurangkan kontroversi..chowww

0 comments: